1) Menjaga Mata
Peliharalah mata daripada
perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat
gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan
melihat keaiban orang lain.
2) Menjaga Telinga
Menjaga
telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang
jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang
lain. Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar
(seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam
dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang
daripada dua orang yang mengumpat."
3) Menjaga lidah
Lidah
adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga
terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban
kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka. Rasulullah S.A.W.
bersabda : "Sesungguhnya sesaorang itu terkadang bercakap dengan satu
percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab
percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan nya itu akan
menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh
tahun." - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A. Jagalah lidah mu
dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji,
mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain,
memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi
orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.
4) Menjaga perut
Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.
5) Menjaga Kemaluan
Menjaga
kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah S.W.T. Firman
Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali
terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada
hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat
5-6.
6) Menjaga Dua Tangan
Menjaga kedua tangan daripada
memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan
atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang
diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.
7) Menjaga Dua Kaki
Memelihara
kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju
kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana
dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh
kita berpaling daripada orang yang zalim. Firman Allah S.W.T. : "Dan
jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan
disentuh oleh api neraka." - Surah Hud : ayat 113.
Kesimpulannya :
Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain
daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak
bersyukur(kufur)terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu.
Sabda
Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu
memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati,
sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa
nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan
untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak
mahu beramal atau bertaubat). - Riwayat At Tirmizi.
Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali) - Jazakumullahu khairan
Sesungguhnya
yang baik itu daripada Allah dan sebarang salah dan khilaf, disengaja
atau tidak adalah daripada saya sendiri... Mudah-mudahan ianya dapat
dijadikan panduan dalam mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. WabiLlahi
Taufik Wal Hidayah, . - - "Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara
yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh
kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W." -
(Imam Malik)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar